Wednesday, 16 July 2014

Cipta Sub Domain dengan Godaddy

Kami akan kongsikan macam mana nak buat sub domain untuk blog (Blogspot) anda menggunakan Godaddy kurang dari 2 minit.

Pastikan anda sudah memiliki domain sendiri Contoh www.NamaDomain.com sebelum anda buat Sub-Domain anda.

website Godaddy Klik Link > www.godaddy.com

1. Log in account Godaddy.

Log in account Godaddy By DIYKhairul


2. Klik Launch pada tap Domain

Klik Launch pada tap Domain By DIYKhairul


3. Klik Nama Domain yang anda nak buatkan sub domain

buatkan sub domain By DIYKhairul.blogspot.com

4. Klik pada DNS Zone File

DNS Zone File By DIYKhairul.blogspot.com

5. Klik Add Record

Add Record By DIYKhairul.blogspot.com

6. Pilih CNAME (Alias)
Host: Masukkan nama sub domain pilihan anda. (Space tidak dibenarkan)
Points to: Jika anda gunakan Blogger masukkan ghs.google.com

Pilih CNAME By DIYKhairul.blogspot.com


ghs.google.com

7. Klik Finish

8. Klik Save File


Godaddy Save File By DIYKhairul.blogspot.com

8. Klik pada Log Out


Cara nak masukkan Sub-Domain tadi pada blog:
 Klik pada Set up third-party URL for your blog





Masukkan alamat sub-Domain tadi



Klik save dan klik pada View Blog untuk tengok sub-domain tadi berjaya di letakkan pada blog anda atau tidak. Kalau pada alamat URL anda tertera nama sub-domain anda, anda sudah berjaya!!
Kalau belum berjaya, tunggu selepas 1 jam dan klik semula pada View Blog.

Selamat mencuba..




Teknik Buat Kotak

Packaging atau pembungkusan adalah antara perkara terpenting dalam penjualan produk fizikal. Tak kira sama ada secara online atau secara offline

Kotak memainkan peranan terpenting dalam penghantaran produk. Selain dari membungkus, ianya juga sebagai pelindung sesuatu produk itu dari pecah atau rosak. Kotak atau packaging juga memainkan peranan terpenting dalam marketing dan pengiklanan.
Saya nak kongsikan sikit macam mana cara nak buat kotak dengan menggunakan kotak-kotak recycle.
Kos yang paling minimum untuk kotak anda.
Kotak yang akan saya tunjukkan adalah kotak jenis RSC atau Regular Slotted Carton / Regular Slotted Container  (Benda yang sama je, kotak yang 4 segi tu la..)

 

Cara nak buat kotak:
Ukur saiz produk yang nak di kotakkan. (Boleh guna pembaris atau apa je yang boleh mengukur)
Cara ukuran Panjang X Lebar X Tinggi.
Cari kotak-kotak yang terbuang yang masih elok, terbalikkan dan buat garisan pada kotak seperti yang dikehendaki. Potong mengikut garisan menggukan pisau atau gunting. Pastikan potong pada atas garisan.

Saya akan gunakan contoh 30cm X 20cm X 10cm

Cara buat kotak guna kotak recycle
Gambaran contoh ukuran kotak

Nota: 
Tinggi saiz penutup mestilah setengah dari saiz tinggi kotak.
Buatkan penyambung pada bahagian hujung kotak untuk di gam.

Potong bahagian yang bergaris putus-putus. Bila semua selesai di potong, lipat kotak mengikut ukuran dengan cermat.
Gam pada bahagian penyambung tadi.
Bila dah siap, dah boleh guna kotak tadi untuk hantar pada pelanggan anda atau untuk simpanan barang-barang lama.

Selamat mencuba




Buat sticker sendiri

Teknik buat sticker sendiri dari rumah

Kami disini ingin berkongsi teknik bagaimana untuk anda membuat sticker anda sendiri di rumah.

Alat yang diperlukan adalah:
  1. Komputer (Desktop / Laptop)
  2. Printer
  3. Kertas sticker
  4. Gunting atau pisau
Kertas sticker ni boleh cari kat kedai-kedai alat tulis. Boleh pilih sama ada nak kilat atau tidak. Kalau tak tau juga cuba tanya orang kedai tu mirrorkote sticker.
Proses ni memerlukan kemahiran menggunakan komputer tanpa memerlukan skill grafik yang tahap dewa sangat. Cukup la kalau pandai guna Microsoft word atau asas Adobe Illustrator.

Perkara asas yang perlu ada pada setiap sticker atau label adalah,
  • No Telefon
  • Logo / Gambar
  • Blog, website atau facebook page
Semua diatas adalah untuk memudahkan customer untuk beli semula atau sebagai trial pack pada customer baru.

Cara:
Tuliskan nama perniagaan atau nama produk bagi mereka yang menjual produk.
Cari gambar yang sesuai dengan produk anda.
Tuliskan No telefon yang boleh mereka hubungi termasuk alamat blog, website atau Facebook page anda.
Susun gambar tadi mengikut citarasa sendiri dan jika anda gunakan Microsoft Word, buat table dulu.
Keringkan sticker dengan halakan sticker yang telah siap di print tadi pada kipas angin. Apa bila telah kering, potongkan dan sedia untuk di gunakan.

Contoh macam ni..
Bila dah dipotong, hasilnya akan jadi macam ni..

So dah boleh guna untuk tampal pada produk anda.

Selamat mencuba..